May 24, 2007

SEK KEB KAMPUNG TANGGOL 2007



Semalam bersemangat baca blog Tengku Ali Boustamann berkenaan hari Guru. Tengku Ali kawan lama -Vetren RTM. Tengku Ali anak kelahiran Negeri Trengganu, pernah jadi guru di Trengganu, sabelum berpindah jawatan di radio RTM.

Saperti Tengku Ali, aku ADikarya juga bekas guru dan pernah mengajar di pendalaman Ulu Trengganu. Cuma aku anak kelahiran negeri Perak, lepas Kolej dihantar bertugas ke Pantai Timur, ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Tanggul, Ulu Trengganu.

Waduh malangnya nasib anak Perak ni. Kerana tugas terpaksa berkelana jauh kependalaman Pantai Timur. Kampung Tanggul letaknya ditebing Sungai Trengganu kira-kira 5 batu dipendalaman Kuala Brang dan 4 batu dari pekan terdekat, Wakaf Tapai. Bangunan sekolah berupa sabuah bangsal tanpa dinding, kecuali 5 pembidang papan hitam untuk Darjah 1, 2 hingga Darjah 5.Terdapat sabuah bangunan buruk menempatkan murid Darjah 6 dan Pejabat Guru Besar. Tiap musim tengkujuh air hujan melimpah masuk sedalam buku lali. Murid-murid dan guru-guru duduk bersengkongkol atas pankin menunggu hujan renti dan air surut. Paling mendukacitakan, tidak terdapat rumah guru atau bangunan kantin. Di sekolah inilah aku ADikarya melapurkan diri pada awal Januari 1963 dan terus berkhidmat hingga Oktober 1967. Sepanjang masa aku berulang dengan bas dari Kuala Trengganu kepekan Wakaf Tapai, kemundian sewa basikal dan berbasikal ikut lorong kebun getah dan denai sawah padi ke Kampung Tanggul. Gaji RM250.00 campur COLA ta’seberapa jumlahnya, (sebahgian besar) digunakan untuk tambang bas dan sewa basikal.

Pada satiap sambutan hari guru, aku ADikarya senantiasa mengenangkan payah jerih kami guru-guru yang bertugas di kawasan pendalaman. Tidak dapat sebarang pembelaan dari pihak berkuasa. Baru tahun 2007 ini, ( satelah 40 tahun aku ADikarya tinggalkan jawatan itu) kabarnya Kerajaan akan beri mereka yang berkhidmat di kawasan pendalaman elaun khas, kabarnya sampai RM1500.00 sabulan.

Kali akhir aku ADikarya ke Kampung Tanggul 2 tahun lalu Sekolah Kebangsaan Tanggul sudah punya jaringan jalanraya ke Kuala Brang atau ke pecan Wakaf Tapai. Munkinkah guru-guru Sekolah Kebangsaan Tanggul kinisudah tidak layak menerima elaun khas itu?

Hari ini 24 Mei 2007 di lembaran The Straits Times saorang pembaca menulis memuji dedikasi gulungan guru yang bertugas sepanjang tahun-tahun 1960han dan 1970han. Menurut penulis itu tidak terdapat dedikasi saumpamanya dikalangan masyarakat pendidik masa kini. Antara lain beliau menulis, kebanyakkan Anugerah Tokoh Guru tahunan adalah dari gulungan pendidik yang berkhidmat sabelum atau pada tahun-tahun 60 dan 70han Katanya ada ramai lagi guru-guru ikon tanpa nama dizaman tersebut. Cuma yang diiktiraf itu gulungan yang berkhidmat di bandar-bandar sahaja.

Aku ADikarya rasa dihormati. Rasa syok sendiri, apabila gulungan yang berkhidmat dikawasan pendalaman dipuji sebagai wira dan ikon tanpa nama. Soalnya: layakkah aku?

Apapun kepada Tunku Ali dan rakan-rakan guru, aku ADikarya ucapkan SELAMAT HARI GURU

“BERBURU KEPADANG DATAR,
DAPAT RUSA BELANG KAKI;
BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAIKAN BUNGA KEMBANG TA’JADI.”

1 comment:

'Adly Azamin said...

Sebahgian dari Bangunan Baru (dibina dalam tahun 1964 melalui projek Pembangunan Luar Bandar Kerajaan Perikatan.

Followers

About Me

My photo
Suites #703, 7th Floor, Centre Wing, Metropolitan Square,DAMANSARA PERDANA, PETALING JAYA, Malaysia
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.